Wednesday, July 24, 2013

Menangis sendiri .

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum sume.
Aku .
Sendirian . . 
Menguatkan hati dan minda . . 
Menahan air jernih dari mengalir ke pipi .
Dapat aku rasakan kesunyian yang teramat sangat .
Teman yang aku sangka memahami . 
Sekadar ada . cuma ada . .

Allah uji aku mungkin kerana allah tahu aku kuat tanpa teman teman disisi.
Allah uji aku dibulan yang mulia .
Allah mahu aku jadi lebih berdikari . 
Kawan datang dan pergi .
Cuma satu kesalahan aku iaitu terlalu mempercayai .
Yaa aku mudah . mudah rapuh . sangat mudah .

Mungkin juga diri ini terlalu lalai dan allah bantu dan sedarkan aku .
Walaupun ujiannya berat melibatkan cikgu . orang yg memberi ilmu pada aku .
Siapalah aku untuk mempertikaikan kata katanya . 
Aku tiada jawatan . Aku tak mampu berbuat apa apa cuma menundukkan muka ke bumi allah .
Kepala terasa sangat sangat berat . Mata ingin menangis sepuas puasnya .
Badan ingin memeluk seorang teman . Telinga ingin mendengar kata kata semangat . 
Tangan ingin mengesat air mata sendiri . Bibir ingin mengukir senyuman dalam tangisan .
Namun . . . . hmm .

Apa guna adaanya teman disisi namun diri menangis seorang diri.
Apa guna adaanya teman disisi namun buta untuk melihat kebenaran .
Apa guna adaanya teman disisi namun tak mampu sama sekali mengesat air mata temannya sendiri .

Aku setuju . Manusia memang senang berubah . berubah dari semua aspek terutama sekali hati .
Kekuatan aku terima dari teman biasa . hanya teman biasa .
Mana teman yang katanya sudah tiga tahun bersama ?
Mana teman yang katanya sangat mengenali aku ?
Mana teman yang katanya merupakan teman susah aku ?
Mana ? 

Tak seorang pun muncul .
Aku cuma ada allah .
Cuma allah .

Tuesday, July 23, 2013

Baju jeans .

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum sume.
Impian tercapai juga . Daripada bila aku kurang pasti . 
Aku mencari baju jenis jeans yg padan dgn badan aku .
Maksudnya tak kecil.
Mungkin dah out to date tp believe me i've been searching for it since semester 4 lg.
and now dah semester 6 .
Can you see the gap.

Kerana kebanyakkannya kecil kecil belaka .

Akhirnya dapat jugak hari sabtu haritu.
Kak nik, bakal tunang aswad belikan satu baju jeans.
Aku pakai dan muat . 
Tak kecil sangat . just nice kata nabil :D
Happy gilaa tu jgn cakap laaa .
Sebab dah lama aku cari .
Sumanya tak sesuai .
Ada yg kain panas.
Ada yg design tak cantik .
So akhirnya jumpa yg okay .
Taktau laa mungkin tak cantik di mata korang yg pandai berfesyen.
Namun untuk aku , cantik dan cukup memadai .
Gamba ada tp nantilah . USB cable misplace . Tah mana .
Anyway thank you kak nik for the baju ! ! 
Seriously i never thought you would buy it for me .
Macam tau tau je :D 
THANK YOU ! Heart you ;)

Friday, July 19, 2013

Last WAR . Riyadh.

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum sume.
Aku hanya tinggal satu je lagi peperangan yg harus ditempuhi iaitu pada 19 september 2013 nanti.
LJM (Lembaga jururawat malaysia) bakal menentukan masa depan aku .
Samada aku jadik NURSE ataupun sebaliknya.

Buat masa sekarang ni, memandangkan aku masih belum berkahwin, masih belum mempunyai calon dan tidak juga berkawan dgn sesiapa . 
Aku ingin meletakkan tumpuan aku kepada riyadh iaitu cita cita. 
Supaya aku tidak berharap. Sekurang kurangnya takde lah aku sakit hati, takdelah aku terfikir fikir dan takdelah juga perasaan cemburu dalam diri ini.

Aku nak kerja, buat overtime kerja malam dan sebagainya supaya aku akan sibuk bekerja dan langsung takda masa nak fikirkan hal hal tersebut.
Biarlah badan penat sekalipun, asalkan hati tak sakit, hati tak rapuh. 

Bukan harta yg aku cari tp aku cuma ingin mencari rezeki .
Bukan untuk diri aku sahaja tapi untuk keluarga aku terutama sekali mak aku .
Dan tak lupa juga untuk bakal keluarga ataupun untuk masjid yg bakal dibina nanti.
Untuk bakal anak anak aku juga jika dikurniakan oleh allah nanti.

Ada yang kata. 'kat malaysia tk boleh ke nk cari rezeki?' 
Yaa memang boleh, tapi tak salah kan travel ke negara org?
*jauh perjalanan luas permandangan*

Aku akan bawa bersama mak aku ke riyadh jika aku dapat pergi ke sana.
Aku akan jaga dia di sana . 
Itupun kalau ada rezeki untuk bekerja disana la.

Yaa memang bahagia bukanlah pada wang ringgit namun demikian adakah cukup kebahagiaan untuk bg anak makan ? fikir semula. jgn cetek sgt pemikirannya.

Kita sembahyang, berdoa 24 jam sekalipun tp kalau kita tak usaha cari kerja, sama je kan .
Kita berdoa untuk mintak petunjuk, mintak allah permudahkan dan ianya beserta dgn usaha .

Niat aku nak ke riyadh untuk membantu keluarga aku disamping menyimpan wang saku untuk diri aku sendiri pd masa akan datang.
Aku bukanlah dalam kalangan orang kaya .
Tapi rezeki tu sentiasa ada allah beri.
Itu sahaja ulasan untuk malam ni . Sekian assalammualaikum ;)

Tuesday, July 16, 2013

Alhamdulilah syukur. Permudahkanlah sahabat yang masih berjuang.

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum sume.
Alhamdulillah result untuk resit haritu dah pun keluar tadi.
Tak banyak yang aku nak ucapkan melainkan alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah ! 
Terima kasih yaa robb.

Walaupun demikian di saat kami menangis air mata gembira
Ada beberapa rakan seperjuangan yang masih lagi berjuang.
Tangisan mereka , kesedihan mereka, kami dapat rasakan.
Bak kata pepatah 'cubit peha kiri, peha kanan terasa sakit juga'

Group 42 / Batch 42 sudah dianggap seperti adik beradik.
Jika seorang gagal, maka kami semua pun dianggap gagal.

Sabarlah wahai kawan, hapuskan air jernih itu.
Kalian masih ada harapan ! 
Tolong jangan putus asa, kalian masih boleh resit untuk kali kedua !
Dan kali ini, kalian harus buat yg terbaik demi masa depan kalian juga.
Untuk kedua ibu bapa. kata nak tolong parents ? :')

Saya, madam2 dan kawan kawan lain berharap 91 orang akan menduduki LJM pada 19sept nanti.
dan kalian tidak terkecuali !
Sesudah itu, kita sama sama bergembira, riang tawa di hari farewell. 
Kami percayakan kalian ! 
Kalian boleh buat ! 

Doa banyak banyak, mintak pada allah jalaaan. 
semoga DIA melancarkan semuanya.
Jika kalian perlukan pertolongan , ada apa apa yang tak faham , boleh dtg jumpa sesapa saja yg korang selesa. Pintu rumah saya dan rakan rakan yg lain sentiasa terbuka untuk kalian.
Tak perlu ada rasa segan mahupun malu, Kita dah 3 tahun bersama.
Dah kenal hati budi masing masing. Perangai baik mahupun buruk masing masing. 
Korang jatuh, kami bantu untuk korang bangun semula. 

We trust you ! You can do it ! You should trust yourself ! ;)
Goodluck my dear friends ! 
May allah ease everything ! 
Insyaallah kawan ! Insyallah ! ;)

Monday, July 15, 2013

OSCE ;D

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum sume.
Awak awak semua, esok saya exam practical .
Apa tu OSCE , OSCE - O tu aku tak ingat, SCE (Skill Clinical Examination) 
Haaa cetu la kott . 

Anyway doakan saya, thank you ;)
Oke bye nak practice dgn sorg hamba allah nie.
tata .

Sunday, July 14, 2013

Selamat Berbuka Puasa

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum sume.
Alhamdulillah aku dapat menghabiskan hari kelima puasa ini.
Masih belum ada rezeki untuk berbuka dgn keluarga namun hati masih sabar.

Teringin nak buka puasa dgn awak . yaa awak . 
Tapi takpa, ada rezeki awak turun KL nanti , kita buka sesama. 
and safe trip yaaa ;)

Untuk semua umat islam yg sedang menunaikan ibadah puasa
jangan tinggal solat yaa.
Masa ni pintu langit terbuka luas.
Masa ni laa utk kita bertaubat, muhasabah diri.
Allah sentiasa mendengar. 

Kawal nafsu bukan sahaja nafsu makan, nafsu belanja di bazaar dan lain lain pun kena jaga ok.
Hari kelima aku berbuka puasa bersama rakan di hostel. 
Apa apa pun selamat berbuka puasa bagi kawasan nilai dan kawasan kawasan yg sama waktu dgnnya.

Jangan lupa solat maghrib.
ohhh and Jangan makan kenyang sangat, dikhuatiri ta mampu rukuk nanti . kbye :D
Assalammualaikum.

Saturday, July 13, 2013

Conjuctivitis :(

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum sume.
Malang tidak berbau kan , ye memang sangat tak berbau . 
Namun aku tak merungut . 
Sebelum tangan menulis tentang topik sebenar.
Aku cuma nak beritahu. Alhamdulillah selesai resit exam pagi tadi.
Sekarang cuma berdoa untuk segala kemungkinan. 
Kalau ditentukan aku kena resit semula. Aku redha :)
Ada hikmahnya disebalik semua yg berlaku. 

Anyway conjuctivitis ? Yaa ada sesiapa yg tahu ?
untuk jururawat seperti aku, pasti mereka tahu.
Conjuctivitis tu sakit mata kata orang melayu kita.

Macam mana boleh terjadi ? 
Mungkin sebab aku garu garu mata . 
Tapi comel ape mata sepet sebelah ? kannnnn :\

Aku menganggap mungkin gigitan serangga 
Dan menganggap ianya akan pulih paling lama 3 hari.
Namun demikian -_- 
Kerana terlalu ramai lecturer, rakan seperjuangan yg khuatir akan keadaan aku.
Mereka menyuruh aku ke klinik.
Aku terharu :') dan akur.

Di klinik. Doctor bagi ubat ubatan .
Ada Paracetamol.
Ada Chlorpheniramine. 
Eye drop.
Eye ointment.

So like yaa. 
Takyah laa tgk mata aku masa bengkak.
Dikhuatiri korang berjangkit pulak nanti. hehe.
That's all. Tata assalammualaikum ;)

Friday, July 12, 2013

Resit Final Exam.

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum sume.
Di keheningan malam, aku bermuhasabah diri .
Bila meningat kembali saat no matrix aku disebut diantara orang yg tidak lulus.
Lebih ringkas dan senang untuk difahami 'Failed' :(
Ya aku failed final exam haritu. FAILED ! :'(

Namun demikian , bibir masih mengukirkan senyuman. 
Bohong lah kalau tiada air jernih yg mengalir saat itu. 
Sememangnya akan ada juga walaupun setegar mana aku cuba tahan.
Siapa yg ada disisi saat tu ? Diri sendiri, hati sendiri, mata sendiri :')
Di saat aku rapuh mcm tu, datang kak fiza memberikan pelukan semangat. 
Sambil itu dia berbisik 'ade hikmah ana, ana bkn tak pandai, cuma bkn rezeki ana, ana kuat, tamo nenangis'
Aku tak dapat tahan lg air mata yg bertakung di kelopak mata.
Mengalir semuanya. Ada lg yg dia cakap, cukup sekadar itu. 

Mungkin orang akan kata, alaaa failed resit jela. Semudah pertuturan.
Tidak mudah bg yg merasa. Kau pass, kau boleh lah cakap mcm tu .

Aku terpaksa berkorban RM** untuk resit paper .
Yaa alhamdulillah aku bersyukur sebab hanya dua digit je.
Aku bangga dapat bayar pakai duit hasil dari titik peluh aku jadi promoter tempoh hari.

Exam sepatutnya berlangsung esok namun ditunda hari sabtu akibat ermm entah , katanya nk bg lebih byk masa untuk belajar. Ha yelaah .

Kepada semua rakan seperjuangan yg senasib dgn saya. Hapuskan air matamu.
Kita boleh buat senanya ! Mungkin kita cuai, tak baca soalan betul2, tp make sure kali ni kita baca betul2 okay ! 

Kita doakan 
Semoga lancar semuanya.
Semoga pass dgn cemerlang.
Semoga allah permudahkan. 

Doakan saya dan kawan kawan. 
Assalammualaikum.