Friday, July 19, 2013

Last WAR . Riyadh.

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum sume.
Aku hanya tinggal satu je lagi peperangan yg harus ditempuhi iaitu pada 19 september 2013 nanti.
LJM (Lembaga jururawat malaysia) bakal menentukan masa depan aku .
Samada aku jadik NURSE ataupun sebaliknya.

Buat masa sekarang ni, memandangkan aku masih belum berkahwin, masih belum mempunyai calon dan tidak juga berkawan dgn sesiapa . 
Aku ingin meletakkan tumpuan aku kepada riyadh iaitu cita cita. 
Supaya aku tidak berharap. Sekurang kurangnya takde lah aku sakit hati, takdelah aku terfikir fikir dan takdelah juga perasaan cemburu dalam diri ini.

Aku nak kerja, buat overtime kerja malam dan sebagainya supaya aku akan sibuk bekerja dan langsung takda masa nak fikirkan hal hal tersebut.
Biarlah badan penat sekalipun, asalkan hati tak sakit, hati tak rapuh. 

Bukan harta yg aku cari tp aku cuma ingin mencari rezeki .
Bukan untuk diri aku sahaja tapi untuk keluarga aku terutama sekali mak aku .
Dan tak lupa juga untuk bakal keluarga ataupun untuk masjid yg bakal dibina nanti.
Untuk bakal anak anak aku juga jika dikurniakan oleh allah nanti.

Ada yang kata. 'kat malaysia tk boleh ke nk cari rezeki?' 
Yaa memang boleh, tapi tak salah kan travel ke negara org?
*jauh perjalanan luas permandangan*

Aku akan bawa bersama mak aku ke riyadh jika aku dapat pergi ke sana.
Aku akan jaga dia di sana . 
Itupun kalau ada rezeki untuk bekerja disana la.

Yaa memang bahagia bukanlah pada wang ringgit namun demikian adakah cukup kebahagiaan untuk bg anak makan ? fikir semula. jgn cetek sgt pemikirannya.

Kita sembahyang, berdoa 24 jam sekalipun tp kalau kita tak usaha cari kerja, sama je kan .
Kita berdoa untuk mintak petunjuk, mintak allah permudahkan dan ianya beserta dgn usaha .

Niat aku nak ke riyadh untuk membantu keluarga aku disamping menyimpan wang saku untuk diri aku sendiri pd masa akan datang.
Aku bukanlah dalam kalangan orang kaya .
Tapi rezeki tu sentiasa ada allah beri.
Itu sahaja ulasan untuk malam ni . Sekian assalammualaikum ;)

No comments:

Post a Comment