Friday, May 31, 2013

HATI

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum sume.

Apa yg aku luahkan harini takde kene mgene dgn org meninggal dunia mahupun org yg masih hidup.
Sekadar luahan kosong seorang gadis.

Aku bukan A samad said , yg pandai berpuisi. 
Namun kadang2 ianya datang secara tiba tiba. 
Aku hanya rasa ingin menulis tidak mahu berkata kata.

Ingin ku luahkan namun tiada telinga yg sanggup mendengar. 
Bibir tak mampu mengeluarkan kata kata tatkala ditanya.
Aku seperti bangun dari tidur yg tersangat nyenyak.
Alpa dgn perasaan yg menjatuh kan aku hingga payah untuk bangun semula.
Mungkin hati aku dianggap seperti 'plaster'. 
Sesudah sembuh luka seseorang, plaster dibuang .

Aku bukan gadis itu . 
Aku bukan gadis yg pandai , namun aku tak bodoh.
Hati gadis ini bukan untuk disepak sepak seperti bola sepak .

Aku kecewa dgn perasaan aku sendiri yg masih memberi peluang .
Padahal terang lagi nyata , sumanya worthless.
Aku juga kecewa dgn hati ini yg memberi ruang untuk seseorang walhal langsung tak dihargai.
Kau cuma boleh jadi kawan kenyang ku. 

Kadang kadang aku rapuh juga walaupun setegar mana aku cuba menahan.
Bangkit ku sendiri tanpa bantuan.
Namun bila aku berjaya bangun, ade saje manusia yg mahu menolak. 

Aku senyum , aku ketawa . 
Disebalik semua tu , tersembunyi maksud tersirat yg hanya allah sahaja mengetahuinya.

Aku mahu halau semua semut api yg merangkak2 dalam hati aku dan menggigit hati aku hingga meninggalkan kesan. Sakit. 

Insyaallah dgn bantuan allah. 
Aku mampu menghalau semuanya. Akan aku kunci hati ini dan baling kunci itu dalam laut.
Sesiapa yg allah tetapkan utk ku pasti akan jumpa kunci tu walau sedalam mana pn. 
Aku percaya allah. 

Assalammualaikum :')




2 comments: