Friday, July 5, 2013

Ustazah katanya .

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum sume.
Harinie telah selesai solat hajat dan majlis restu group 42.
Ye . kurang dari 24 jam je lagi
kami akan menduduki final exam yg bakal menentukan masa depan kami.
Namun demikian, aku masih disini menulis entri ini -_-

Kawan kawan jgn risau, aku akan review balik semua subject lepas ni. 
Daripada semester 1 hinggalah semester 6 .

Ada satu cerita yg ingin dikongsikan semasa solat hajat td.
Kami ke masjid kuarters KLIA beramai ramai menaiki bas. 
terkecuali yg mempunyai kenderaan sendiri. 


Lebih kurang 65 student yg hadir exclude non muslim. 
Malangnya, aku tak dapat mengikuti solat hajat tersebut akibat sebab sebab yg tak dapat dielakkan .
Bukan aku saja. ada lagi beberapa student yg turut bernasib malang macam aku jugak . 

Sedih . tapi nak buad macam mana . 
Mungkin bukan rezeki aku . 

Gamba bawah ni kitorang tangkap masa kat hostel sebelum berangkat ke masjid KLIA.



Anyway, sebab kan tak dapat join solat hajat, aku mengambil keputusan untuk tunggu di lua masjid bersama 2 rakan karib. 
Tgaaah berdiri kt perkarangan masjid tetiba datang sekumpulan budak budak perempuan sekolah agama.
Diorang dtg dekat kami sambil menyeru 'ustazah ustazah' sambil menghulurkan tgn minta disalam.
Terpinga pinga aku pun sengih :D

Rasa macam diri ni betul betul ustazah pulak . Alhamdulillah :D
Kemudian kami ke kantin sekolah agama yg terletak di perkarangan masjid tersebut.
Bebudak sekolah agama tu yg tunjuk kan jalan.

Sampai je dekat situ, ada sorang pakcik , pemilik kantin tersebut bertanya 'awak suma nie ustazah baru ke kat sini?' 
Masing masing dah senyum senyum kambing dah . 
Kami jawab 'ehh takda lah pakcik, kitorg ada solat hajat, kami dr KPJ' 
Pakcik : 'ohhh yeke ? pakcik igt kan kamu suma ustazah baru kt sini'

CAAKK ! :D Ni laa bebudak yg panggil kita ustazah tu . hehe .
Comel comel en en en en.
Terubat rindu aku nak jadi seorang guru .
Esok exam. Doakan kakak ye adik adik comel ! Awak yg tgah baca ni pun jgn lupa doakan saya ;)
Oke lah bye nak review review sikit.
Assalammualaikum.

Thursday, July 4, 2013

Sheeba CAT FOOD promoter ;D

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum sume.
Just nak share. 
Weekends last week, aku kerja part time as a promoter at giant kota damansara.
Aku kena promote makanan kucing -_-

Pada mulanya 23HB June 2013. Aku senanya gantikan kak nuha.
Dia last minute ada interview so dia minta aku tolong gantikan dia.
Kebetulan hari ahad tu aku ada kat rumah and takda nak kemana mana.
Aku fikir, okelah, boleh lahh kerja sehari.
Bayaran dia not bad. Sejam = RM10.

So aku kerja 9jam so total untuk sehari tu RM90 la.
Then nak dijadikan cerita, last week pun takda orang nak ganti. 
So aku pun cakap okay kat supervisor tu untuk jadi promoter sheeba.

Pengalamannya, okay laa.
Cuma tak boleh nak cite detail sgtt sebab aku senanye kena study. 
Sabtu ngan ahad ni aku nak exam . 


Oke poyo. *sila abaikan*
So ni laaa dia boothnya. Aku tumpang booth whiskas sebab sheeba punya booth hilang.
Kucing aku pun suka sheeba. Serious tak tipu. 
Kot hitam yg aku pakai nie mmg supervisor yg bg untuk pakai time promote makanan kucing ni.
So like yaa. 
That's all. 

Dikesempatan ini, saya ingin meminta maaf pada sesiapa je yg pernah terasa dgn saya tak kira laah dari segi percakapan, mungkin ada yg masih tak puas hati, ada yg berkecil hati. maafkan lah saya ya. saya pun manusia macam awak suma, saya khilaf juga, banyak dosa tapi saya cuba berubah pada yg lebih baik. 
Hanya doa je saya minta dari awak semua. 
Semoga segalanya dipermudahkan.
Assalalmualaikum.

Friday, June 28, 2013

6 days left

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum sume. Caaakk ! 

Siti nur farhana is currently studying for her final exam on 6th and 7th June 2013.
 She nearly finish her diploma in nursing.
and insyaallah she will be a staff nurse soon.
Doakan dia yaa, bye ;D


Saturday, June 22, 2013

Inspired !

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum sume.
Petang yang suram ditemani jerebu.
Namun berlaku kekeliruan samada jerebu akibat pembinaan depan rumah ataupun jerebu yg datangnya dari indonesia.

Namun apa yang pasti. Jerebu sudah pun sampai ke bandar nilai.
Ianya mungkin melalui highway seremban -_-


Okay okay. 

Sebenarnya aku minat ada sorang penyanyi nie. Nama dia Chrissy costanza. COMEL ! 
Dah laaa comel, suara dia awesome gila ! 
Suma music cover diorang nyanyi, suma best .
SERIOUS. *kening up up.

Instrument dia pun hebat. I just love it ! 
One of my favorites . 


Selamat malam :D

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum sume.
Saya nak pesan ni, sebelum tido pakai laa stokin. 
Banyak manfaatnya :D
cecececeeeeh ! *sudden

Tak senanya ustaz yg pesan kt aku, sblm tido kene pakai stokin. 
Sejak dari hari tu, aku mula beli stokin cecomel utk dipakai waktu malam.
Then aku ada bgtau dekat sorg hamba allah suruh dia pakai stokin time tido.
Then dia tanya 'kau pakai ke' aku cakap laa aku pakai. 

Then haritu, tgaahh borak2 tu tetibe dia tanya cenii. 'dah pakai stokin dah?' haha. comel pulak. Kbye.
Okay, yg comel tu aku, bukan dia. Tolong jgn salah faham -_- haha.

Okeyy okeyy okeyy okeyy *gaya johan :D

Socks kite . Hiks
Goodnight , Sweet dream , Sleep tight.
Assalammualaikum .



Monday, June 17, 2013

Counting day (13 days left)

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum sume.
Hari nie kita ada nervous news and also good news ! :D

The nervous news is .. .....
Hari nie hari isnin, esok hari selasa. Cepat masa berlalu. 
Lagi 13 hari aku akan menduduki exam FINAL KPJ HEALTHCARE BERHAD yg merangkumi paper 1 (100 question) paper 2 (100 question).
Banyak bukan -_- 

Setiap petang, kami akan ada mentor menti session . 
and aku dapat MR ANANTH. dia mmg awesome ! seriously just awesome !

Anyway aku baru habis bercuti . How is it ? it was great. just great . hehe ;)
So hari ahad kami gerak balik menghala ke kuala lumpur. 
Mama singgah nilai hantar anak dia yg comel nie untuk teruskan pengajian lagi beberapa bln je lg.

Actually LJM (Lembaga jururawat malaysia) is just around the corner. 
19 september 2013 is the date ! 
Semua bakal2 jururawat 1 malaysia akan menduduki exam yg sama.
Lepas 19 september nie aku akan jadi staff registered nurse (SRN)
Lepas 19 september nie aku dah officially ada diploma.
Lepas 19 september nie aku dah 21 tahun. *k nie tipu, sblm 19 september pn aku dah 21 senanye :D

Aku tak decide lagi aku nak keje kt mna .
 Yg penting, mana allah gerakkan hati, kat situ lah aku akan pilih .
Namun impian untuk ke riyadh masih kekal dihati :D insyaallah !

OHH and the good news is......
Duet PTPTN dah masuk ! hehe . 

Hmmmmmmmmmmmmmmm ~ 
Lepasni mungkin korg akan anggap aku sombong sbb jarang online.
Tapi lepas LJM nanti, korg tgk lah betapa friendly nya aku, hehe ;D



DOAKAN SAYA YAA KAWAN KAWAN ! ;)
Assalammualaikum .

Sunday, June 16, 2013

I'm a surviver !

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum sume.

Yeaa jom nyanyi sama sama . hikss.
Just to update. Harinie, aku officially tau selok belok ioi mall -_-
Bayangkan lah wahai tuan tuan dan puan puan. i was there from 2pm until 6.30pm kott -_-
Dah tak terkira berapa kali aku bertawaf sekeliling ioi tu. 
So lepas ica celebrate birthday with kawan dia. 
Adik dah merengak rengek nak main arcade . Bila aku tanya, adik ade duit tak ? ada 4 ringgit.
okaaayy aku pun haa jom.


Adik dgn poyonya ajak aku main DAYTONA -_-
Aku taknak senanya memula sbb aku takot nanti dia kalah :(
ngehngeh . so kitorg pon lawannn . Lumba punya lumba punya lumba. 

I WINNN ! *lupa nak tangkap gamba pulak. 

Lepastu adik dah tak puas hati dgn aku, dia nak maen lagi skali. 
Merayu rayu sambil berkata *last3 kak*
Aku tanya, ada token lg tak. Dia geleng geleng sambil buad muka comel .
Dalam hati *haa adik nak paw aku la nie, bankrup gua ceni ! 

Sebagai kakak yg bertanggungjawab. Aku pon hulur laa sedikit wang untuk memuaskan hatinya.
Lumba lumba dan lumba lagi .
Adik tetap kalah -_- dan aku tetap menang .

Adik hampa dan kemudian dia mintak lagi *last3 lagi -_-
haaaaa nie dah lebih -_- NO MEANS NO !



Then lepas duit habis kt arcade -_- Kitorang decide nak pegi karoke laaahh . daripada pusing pusing ioi mall tanpa tujuan kan. Malangnya bilik suma penuh. Tapi nasib baiklah boleh booking. hihi. kena tunggu 7minit then karoke. nyanyi nyanyi. Haa nie yg aku marah sangat bawak budak kecik nie sbb kenkadang mengada ngada. Adik dah tak keruan dah dalam bilik karoke tu, dia mintak aku duit nak beli token -_- aku buad buad tak dgaa je. lepastu dia dah bosan takda sapa layan, dia pon amik phone aku main SNAKE :3 kikikiki .

Lepas habis karoke, jalan jalan then call ayahcik mintak tlg amik kitorg balik. 
 Ayahcik sampai dalam masa 15minit. Dalam kereta. 


HAHAHA beware the hulk family :D hihihi. 
Sampai rumahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ~

Then tiba tiba pak su ajak borak borak kt luaa rumah. 
Sesambil borak tu kitorg snap picture sikit. 
Pak su kite ensem. Single. 35 tahun kihkih :D

tadaaaaaa . Oke ana pehal muke cetuuu -_- 

Okay dahhh , taya tgk lelame, dikhuatiri korang terpikat. ahaks :D
Then bila dah nak dekat azan maghrib, kami masuk dalam. 
Dalam rumah, lepas solat maghrib. Aku sarung balik tudung yg sama.
Lepastu terhasillah gambo nie XD

See ? No tears fell down from my eyes anymore. I'm strong. 
I always does no matter what :) 
Recovery stage.

 

Saturday, June 15, 2013

Recovery

Bismillahhirrahmannirrahim .
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalammualaikum sume.
Hari nie hari sabtu, hari baru ;)
Aku bangun awal pagi , ayahcik kejutkan laa tapi. 
Lepas solat subuh, badan mmg masih penat dan mata masih mengantuk.
tapi enggan juga tidur, rasa mcm rugi kalau tidur.
 
Aku ambil keputusan untuk menikmati keindahan pagi di atas atap.
Menikmati secawan teh bancuhan mamacik.
Teringat mama di JB, tengah buad apa agaknya skrg ?
Along buncit tgaah buad apa agaknya dgn mama ?
Esok mama balik ke sini untuk bawa aku pulang. 
Masa lambat lambat lah jalan yaa.
 
Hmmmmmm.
Aku sebenarnya terbaca satu status kt FB. Aku sgt motivated :') 
walaupun status tu random tapi terima kasih kawan .
 
''Kawan, bersabarlah. Bukan kamu yg kerugian kerana melepaskan dia pergi, tetapi dia kerana tak mungkin akan ada org yg fhm, terima seadanya dan sygkn dia mcm kamu. Mungkin juga bkn kerana kamu tidak bagus tetapi kamu lebih baik darinya, jadi tabahlah ''
 
 Motivated kan :') 
 
Anyway.
Pernah dga tak kakak ikut adik sambut birthday kawan adik -_-
Tak penah en en en. 
walaupun makan kepsi free but..
Aku segan senanya nak ikut ica sambut birthday kawan dia tu.
SERIOUSLY weh.
Aku tak kenal sorang pun kott, plus i will be like an idiot nanti.
pluss dekat ioi tu hade hape je -_-
 
Ica merungut
''Alaaaa time akak dulu, icaa ikut jea pegy uma kak malaa, mase dia buad birthday party tu''
 
kerana itu. aku setuju ikut dia.
dan kerana aku juga seorang kakak yang baik. 
*krikk krikk krikk* cengkerik bersuara sambil buad muka -_-
 
 You celebrate birthday with your friends at kepsi
and i jalan jalan cuci mata okayy. 
ohh one more, nak bawak adik please.
*kata kak ana comel kepada ica
 
ye ye oke oke. Nanti dah abis kita karoke.
kata ica gendut kepada ana comel .
 
DEAL !